Polis Siasat Kematian Mengejut Tahanan Warga Asing Di Hospital

3 Feb 2022 • 10:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Azri Ahmad - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat laporan berhubung kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang hari ini.

Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki warganegara Myanmar itu telah dihantar ke hospital berkenaan pada Isnin lepas sekitar jam 8.10 pagi.

Menurutnya, suspek bertindak sedemikian selepas mengadu tidak sihat dan ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.

“Hari ini, pihak hospital memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” katanya hari ini.

Azri berkata, pada jam 5.30 petang 30 Januari lalu, seorang lelaki tempatan telah menyerahkan lelaki warga asing itu kepada pihak polis di One Stop Centre Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor kerana dipercayai mencuri sebuah motosikal.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan kes kematian mengejut itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan jabatan itu,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved