Lelaki Mati Dihempap Hidraulik 10 Tan

21 Feb 2022 • 3:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang membaiki enjin lori berkenaan. - Gambar ihsan JBPM

PENAMPANG - Seorang lelaki maut dihempap belakang (dumb) lori 10 tan, dipercayai akibat kegagalan sistem hidraulik di Jalan Bundusan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa Suhilin Amat, 58, maut di lokasi kejadian akibat tersepit.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa sedang membaiki enjin lori berkenaan.

Bagaimanapun, ‘hydraulic dumb’ tiba-tiba terjatuh dipercayai akibat kegagalan sistem hidraulik menyebabkan mangsa tersepit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pegawai Kanan Bomba Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.23 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang.

“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. - Getaran, 21 Februari 2022