Mekanik maut dihempap gerabak lori 10 tan

21 Feb 2022 • 8:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENAMPANG - Seorang mekanik maut dihempap gerabak lori ketika sedang membaiki kenderaan itu dalam kejadian di kawasan lapang, Jalan Bundusan di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Suhilin Amat @ Ahmad, 58, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.21 petang.

"Kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja akibat tersepit di bawah gerabak sebuah lori.

"Hasil siasatan mendapati, mangsa tersepit di bawah gerabak lori yang disyaki rosak," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya, mayat mangsa kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk tujuan calitan Covid-19 dan bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.23 pagi.

"Difahamkan mangsa ketika kejadian sedang membaiki enjin lori jenis 'hydraulic' 10 tan namun dihempap kenderaan itu dan operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.20 pagi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved