Gagal Beri Laluan, Pengiring VIP Sepak Cermin Sisi Kereta Orang Awam?

Cars
15 Feb 2022 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu perkongsian oleh seorang pengguna yang menceritakan pengalaman apabila cermin sisi sebeleh kanan kereta dirosakkan oleh pengiring kenamaan atau VIP.

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan kejadian berlaku di leburaya Elite sewaktu dia sedang berada di lorong kanan dan tidak menukar lorong walaupun menyedari kehadiran rombongan kenamaan tersebut.

Namun, tindakannya itu tidak disengajakan oleh kerana terdapat kenderaan lain yang berada di lorong sebelah yang menyebabkan dia sukar untuk menukar lorong dengan segera.

image is not available

Konvoi VIP ini cuba merosakkan kereta saya sebab saya tak pergi ke lorong kiri. Saya tak tahu sama ada polis atau bodyguard yang memukul cermin sisi saya.

Meninjau diruangan balas pada ciapan tersebut, rata-rata netizen turut meluahkan bahawa mereka juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama.

“Selalu jadi macam ni, diorang paksa kita keluar dari lorong kita, tak sempat nak buat dengan selamat, panik sebab diorang kasar dan tidak sabar,” tulis seorang pengguna Twitter.

“@PDRMsia tolong jawab, jangan kata convoy VVIP tu ada tugasan penting.. kami pun ada tugasan penting,” tulis seorang netizen.

image is not available 20 jam lalu

"Orang Nak Isi Minyak Pun Susah" - Bersesak Semata Nak 'Ootd', Pam Minyak 'Viral' Diserbu Polis