Penamaan Calon Berjalan Serentak, PRN Johor Membuka Tirai

Politics
26 Feb 2022 • 9:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Maszlee Malik (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Layang-Layang di Majlis Daerah Simpang Renggam, kira-kira 8.30 pagi tadi. - Gambar Azim Abd Rahman

MUAR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula serentak pada jam 9 pagi, hari ini.

Bagi Zon Utara, 16 pusat penamaan calon (PPC) disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Ia termasuk menggunakan khidmat pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal rapi kesemua PPC agar proses penamaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 

image is not available
Anggota polis menjalankan kawalan di Pusat Penamaan Calon Dun Layang-Layang. - Gambar Azim Abd Rahman

image is not available
Calon Bebas, Norramadan Buang tiba di Pusat Penamaan Calon di Larkin. - Gambar Alif Omar

image is not available
Calon BN, Mutalib Rahim tiba di Pusat Penamaan Calon bagi DUN Layang-layang. - Gambar Azim Abd Rahman

image is not available
Calon PN, K. Alagathiran untuk DUN Layang-Layang. - Gambar Azim Abd Rahman

image is not available
Presiden BERSATU merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama calon PN N. 07 Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal (kanan) dan N. 08 Bukit Pasir Muhd Nur Iqbal Abd Razak (kiri) sebelum proses penamaan calon bagi PRN Johor di Bilik Gerakan Zon Utara Pagoh hari ini. - Gambar Bernama

image is not available
Dua anggota polis berkawal pada proses penamaan calon di DUN Layang-layang. - Gambar Azim Abd Rahman

image is not available
Calon MUDA DUN Puteri Wangsa, Amira Aisya tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Puteri Wangsa, Ulu Tiram pada 8.05 pagi. - Gambar Bernama

image is not available
Dr Maszlee Malik (kanan) daripada PKR berdepan pertandingan 4 penjuru di DUN Layang-Layang. - Gambar Azim Abd Rahman

Antara DUN yang menjadi perhatian ialah Bukit Kepong ditandingi mantan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal (PN - BERSATU), Gambir (Mantan Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri, PN - BERSATU) serta DUN Tangkak (Mantan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full, PN - BERSATU).

Pada masa sama, DUN Simpang Jeram turut menjadi tumpuan selepas Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub ditampilkan sebagai calon.

Turut menarik perhatian di Zon Utara ialah DUN Maharani selepas wujud spekulasi bahawa Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertanding di kawasan tersebut.

Setakat ini, tujuh parti dan gabungannya iaitu MUDA, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Warisan Sabah (WARISAN) telah menyatakan hasrat bertanding merebut kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. - Getaran, 26 Februari 2022.