“Suami Tak Rasa Apa Ke?” – Belum Habis Isu Men*tek, Kak KM Buat ‘Drop Challenge’ Depan Rakan Suami

22 Feb 2022 • 10:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan produk wanita terkenal, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM baru-baru ini teruk dikecam netizen kerana tindakan menyusukan anaknya yang masih bayi ketika dia dan suami menikmati makan malam di sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur.

Terbaru, anak perempuan kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila dia memuat naik video memaparkan dirinya sedang melakukan ‘drop-challenge’ di hadapan rakan-rakan suami.

Seperti biasa, ruangan komen video tersebut telah dibanjiri dengan komen-komen nasihat daripada netizen yang merasakan perbuatan Kak KM agak melampau dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita dan juga isteri.

“Suami tak rasa apa ke?” tanya seorang netizen.

“Kawan-kawan suami pun tengokkan je. Allah. Nak komen lebih takut..” sahut seorang lagi pengikut media sosial Kak KM.

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar pengasas produk jamu ‘sweet dara’ ini diberikan hidayah dan berubah ke arah yang lebih baik.

image is not available 4 hari lalu

"Nampak T*tek? Tak Kannnn" - Kak KM Selamba Susukan Anak Di Restoran Tanpa 'Cover' Payudara