
Meskipun sudah banyak kempen mengenai penolakan diskriminasi buat golongan orang kelainan upaya (OKU), namun masih ada yang melihat golongan ini sebagai satu beban dan melayan mereka dengan teruk.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Hanis telah mendedahkan bahawa adiknya yang merupakan seorang OKU disleksia telah dilayan dengan buruk oleh majikannya.
Adik kepada Hanis iaitu Aniq,30, difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera terkenal berlokasi di Forest Heights, Senawang dan perlu bertugas pada hari Ahad, 13 Februari pada jam 9 pagi.
Pada awalnya, nama Aniq tiada dalam jadual kerja dan disebabkan itu dia tidak hadir untuk menjalankan tugas seperti biasa.
Namun kira-kira jam 10 hari tanggal 13 Februari, pengurus outlet tersebut bertanyakan mengenai ketidakhadiran Aniq di dalam Whatsapp Group kerja mereka.
Kemudiannya, bapa Aniq yang menyelia segala urusan kerja memandangkan anaknya itu menghidap disleksia menyoal pengurus tersebut kerana nama anaknya tiada dalam senarai jadual kerja.
Pengurus restoran tersebut menjawab bahawa mereka menggantikan nama Aniq dengan id pekerja dan bukannya nama pekerja.
Bapa Aniq memberi respon bahawa anaknya itu mempunyai nama dan bukanlah nombor siri.

Sumber : Facebook
Namun apa yang mengejutkan, pengurus restoran tersebut memberi respon kurang ajar apabila dia berkata;
Kalau u manusia bukan nombor pastikan lobby aku tak bersepah penyapu dekat luar. Manusia dia dengar cakap, kalau nombor dia tak dengar cakap dia bodoh sikit.
Perkara tersebut telah mengakibatkan Hanis sebagai seorang abang menjadi berang dan ternyata perkara tersebut tidak menjadi ‘sesalan’ para pekerja di outlet berkenaan kerana tiada satu permohonan maaf pun diberikan kepada Aniq ketika dia kembali bertugas pada keesokan harinya.
Perkara tersebut juga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya kesal dengan sikap pengurus restoran berkenaan yang dilihat mendiskriminasi golongan OKU di Malaysia.
tolonglah eh @McDMalaysia ambil tindakan lanjut. jangan berdiam diri & kenapa OKU staff kena tulis nombor instead of nama dalam duty roster? ini practice apa @McDMalaysia ?? apakah selama ini semua cawang yang hire OKU letak nombor instead of nama? sangat memalukan! https://t.co/8StviVBcmR
— macky (@mackymirash) February 16, 2022
Malah ada juga yang menggesa restoran makanan segera berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pengurus restoran tersebut agar perkara titu tidak dijadikan contoh buat pekerja lain.
(VIDEO) Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Kononnya Berkhalwat, Ibu Tunggal Tabah Hadap ‘Jiran Puaka’
The post Restoran ‘Fast Food’ Terkenal Didakwa Gelar Staff OKU Dengan Nombor Siri, Netizen Gesa Hentikan Diskriminasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

