
SEBERANG PERAI - Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati di belakang sebuah hotel di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang berusia lingkungan 40an itu ditemui dalam keadaan terbaring dan muka serta kepala berlumuran darah sekitar jam 2.45 petang,
"Pemeriksaan awal mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana ditetak dengan senjata tajam. Kami menahan seorang lelaki Myanmar berusia lingkungan 30an yang juga cedera di kepala dipercayai terlibat pergaduhan dengan mangsa bagi membantu siasatan. Motif pergaduhan belum diketahui, " katanya ketika dihubungi, pada Rabu.
Orang awam melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Hidayat Saridin di talian 019 4474040 atau 04 5382222.
Menurut Shafee, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
