Boleh Jalan Kaki Tengah Laut, Fenomena ‘Lautan Terbelah’ Pulau Pangkor Jadi Tumpuan

7 Feb 2022 • 11:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu video yang memaparkan fenomena unik yang berlaku hanya sekali setahun di Pulau Pangkor.

Menerusi video tersebut, fenomena yang dikenali sebagai lautan terbelah ini membolehkan pengunjung untuk merentasi lautan dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam.

Ketika fenomena ini berlaku, laut akan surut sehingga membolehkan pengunjung berjalan kaki ke Pulau Giam sejauh 400 meter.

image is not available

Difahamkan, fenomena air surut ini hanya berlaku pada bulan Febuari dan musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terpegun melihat fenomena tersebut dan sekaligus Pulau Pangkor menjadi tumpuan orang ramai.

“Wow, kuasa Allah, jadi kena datang ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan sentiasa melakukan pemantauan di darat dan di laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku ketika fenomena air surut di Pulau Pangkor yang menjadi tumpuan ramai.

image is not available 5 hari lalu

Taman Tema Genting Skyworlds Akan Dibuka 8 Februari, Harga Tiket RM189