
KUDAT: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menolak khabar angin bahawa hubungannya dengan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan beberapa kepimpinan tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah retak.
“Saya akan nyatakan dengan jelas, memandangkan Datuk Bung ada di sini, kami tidak pernah bertelagah (antara satu sama lain). Tidak pernah berlaku salah faham walaupun orang lain cakap tentang kami,” katanya ketika penutupan GRS Back Benchers Club di Kudat Golf and Marina Resort di sini pada malam Sabtu lepas.

