Nota asas tajuk pecahan, murid Tahun 3 dan Tahun 4 wajib kuasai

15 Feb 2022 • 9:38 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Tajuk pecahan bagi murid Tahun Tiga dan Tahun Empat sangat penting untuk dikuasai oleh mereka.

Ini kerana, pecahan dikenali sebagai ‘ibu segala topik’ yang bermaksud dalam setiap sub topik, ada soalan pecahan. Misalnya, topik Wang ada pecahan, dalam topik Peratus ada soalan pecahan, dalam topik Panjang, Masa dan Waktu serta banyak lagi.

Apa itu pecahan?

Pecahan merupakan nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.

Baca juga

Mengikut sejarah, pecahan merujuk kepada sebarang nombor yang tidak mewakili keseluruhan.

Pecahan terdiri daripada beberapa bentuk iaitu Pecahan Biasa, Pecahan Wajar, Pecahan Tak Wajar, Nombor Bercampur, Pecahan Setara dan sebagainya.

Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor berkata, murid-murid wajib kuasai tajuk pecahan ini jika mahu mahir dalam subjek tersebut.

“Sebagai membantu anak-anak didik, saya kongsikan sebahagian nota asas untuk tajuk pecahan ini.

“Nota asas ini cukup mudah dan senang difahami oleh semua orang. Ibu bapa juga boleh menggunakannya ketika mengajar anak-anak di rumah. Semoga membantu,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available