“PDRM Kirim Salam” – Tular Video Lelaki Berjubah ‘Willy’ Motosikal Sambil Bawa Anak

Entertainment
16 Feb 2022 • 9:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular satu video menunjukkan seorang lelaki buat aksi ‘willy’ dengan menaiki motosikal sambil membawa anak mengundang kecaman netizen.

Menerusi video yang dimuatnaik @utusantv di Tiktok, lelaki yang memakai jubah berwarna putih itu pada awalnya disuruh oleh si perakam untuk buat aksi ‘willy’ tetapi enggan melakukannya kerana memikirkan anak.

Selepas beberapa kali terkena hasutan, akhirnya dia pun buat juga aksi tersebut tanpa rasa bersalah. Keras betul hati kau ye bang!

Kelihatan yang anak perempuannya itu sedang menangis ketakutan ketika lelaki berkenaan melakukan perkara tersebut. Allahu, kesian betul tengok anak dia.

Di ruangan komen, ramai yang meminta agar PDRM segera mengambil tindakan atas perkara ini. Kalau profesional sekalipun, ingatlah yang malang tak berbau.

Apa pandangan korang? Apapun, silalah berhati-hati ketika berada dijalanraya dan sentiasalah mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved