
SHAH ALAM, 14 FEB: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan enam calon pilihan raya negeri (PRN) Johor termasuk bekas menteri Maszlee Malik.
Lima lagi calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) zon selatan iaitu:
- Ketua KEADILAN Wanita Johor Napsiah Kamis Maharan (Kempas)
- Setiausaha AMK Johor Mohd Fakhruddin Moslim (Pasir Raja)
- Naib Pengerusi MPN KEADILAN Johor S Gopalakrishnan (Tiram)
- Setiausaha Cabang Tebrau Chong Sen Sern (Bukit Batu)
- Bendahari Cabang Pasir Gudang Dr Zamil Najwah Arbain (Larkin)
Maszlee, satu-satunya calon bagi kerusi DUN zon tengah yang diumumkan Anwar, bertanding kerusi DUN Layang-Layang.
Dalam satu majlis di Johor Bahru, Anwar memaklumkan calon lain dalam zon tengah bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.
The post Anwar umum enam calon PRN Johor, Maszlee bertanding DUN Layang-layang appeared first on Selangorkini.

