
Penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.
Kementerian Kesihatan menerusi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bahawa golongan itu diminta untuk segera hadir bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.
Ujar Khairy, hingga setakat ini, terdapat lebih kurang 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak
“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin adalah 9 kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan maut berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak.” ujarnya.
Kes harian COVID-19 di negara ini telah merekodkan peningkatan di mana ianya telah mencatatkan kes harian sebanyak 11,034 semalam menjadikan jumlah kumulatif setakat ini adalah sebanyak 2,925,254.
KKM juga menjangkakan kes harian COVID-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang bulan Mac ini.
"Kalau Satu Atau Dua Bulan Ni Kes Omicron Menurun, Selamat Hari Raya.." - Khairy Jamaluddin
The post Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 Mac Bagi Elak Status Lengkap Vaksinasi Terbatal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


