9 Cara Tundukkan Isteri Garang Macam Singa

Family & Parenting
23 Feb 2022 • 10:00 AM MYT
Nor Azlina Ina
Nor Azlina Ina

Suka menulis dan bercerita. Aksara sebagai peneman Ghostwriter sepenuh masa

image is not available

Ramai suami di luar sana yang ingin tundukkan isterinya. Malaysia pernah digemparkan dengan isteri memukul suami dan juga ada yang mendera suaminya dengan kecederaan yang serius sehingga meringkuk ke dalam sel penjara. Tapi awas, tidak bau syurga pula sang isteri nanti. Jadi, bagaimana cara nak tundukkan isteri yang macam singa tu ye? Nak tundukkan isteri zaman kini, tidaklah terlalu sukar. Silap-silap boleh jadi manja ‘meow’ pula.

image is not available
credit photo : unsplash

Dalam artikel ini, aku berikan cara tundukkan isteri garang macam singa;

Bawa jalan-jalan

Tidak perlu holiday jauh-jauh pun takpe, jika anda kekurangan wang ringgit. Asalkan bawa isteri keluar dari rumah pun sudah mencukupi. Jika para suami nak tahu, isteri ni dia nak rasa udara luar juga sesekali. Walau pun isteri pandai memandu, dia nak juga suami membawanya bersiar-siar.

Pujian

Sifat wanita yang sukakan pujian, oleh itu suami kerapkan diri dengan memuji-muji isteri. Andai kata dia memasak, pujilah masakan dia sedap. Jika dia berhias untuk mu, pujilah. Tidak akan jatuh ego seorang suami jika lakukan perkara ini.

Tolong- menolong

Tolong menolong melakukan kerja rumah bersama-sama. Tidak perlu tunggu arahan, buat je kalau nampak apa yang tidak kena di rumah tu. Sebagai contoh: melipat pakaian, buang sampah penuh yang di dapur, uruskan anak-anak.

Belanja isteri dan anak-anak

Jika sudah gaji, bawalah bini dan anak-anak makan di luar. Sekali sebulan apa salahnya. Rezeki juga makin bertambah nanti sebab gembirakan bini dan anak-anak. Ini pun dikira membeli jiwa selain memberikan hadiah kepada isteri.

Urut bini

Bukan time ingin bersama je baru nak mengurut ya. Apa salahnya urut bini, jika tengok dia keletihan seharian menguruskan rumah tangga sendirian sehingga ke malam.

Santuni bini dengan menjaga emosi

Dengarlah cerita atau luahan isteri anda setiap hari. Jangan pernah abaikan emosi isteri anda. Dia sedih, gembira, marah, takut dan sebagainya. Emosi adalah salah satu faktor terbesar isteri menjadi garang tau!

Tinggalkan gajet pada waktu malam untuk keharmonian rumah tangga

Apa salahnya, tinggalkan gajet anda (suami) pada waktu malam. Habiskan masa dengan anak-anak dan isteri. Waktu makan pun, sila tinggalkan smartphopne seketika, pandang wajah isteri ketika makan.

Jadi imam sebagai pelengkap rumah tangga

Cara yang paling ampuh dan power untuk tundukkan Isteri ialah dengan menjadi iman. Yang ini ramai sang suami tidak lakukan dalam institusi rumah tangga. Sebaiknya, mulai saat ini jadi imam kepada isteri. Waktu solat, ajak isteri dan anak-anak untuk solat bersama. Jika isteri ingkar, bolehlah nak pukul manja. Kerana anda juga yang akan menjawab di akhirat kelak berkaitan didikan agama.

Bergurau senda di dalam rumah tangga

Dengan isteri silakan bergurau senda. Yang sudah semestinya halal, sudah pasti pahala ganjarannya kerana ia mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.

Doa melembutkan hati isteri

image is not available
credit to : www.ehbelogaku.com

***

Dengan 9 cara tundukkan isteri ini, anda bukan jer boleh jinakkan isteri yang macam singa tu. Silap-silap jadi ‘meow’ kesayangan pula. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk hubungan yang mesra.


Nor Azlina Ina adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.