Seram! Suami Mengadu Langsir Bergerak Dalam Wad, Isteri Ingatkan Angin, Sekali…

Entertainment
23 Feb 2022 • 6:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suami kepada @drsyasyafickry hari tu ada masuk wad akibat keracunan makanan di KPJ, sepanjang berada di wad, suaminya mengadu bahawa langsir dalam bilik wad tersebut selalu bergerak dengan sendiri, si isteri ini pada mulanya malas nak ambil pusing sebab ingatkan angin, tapi bila suaminya tunjuk video….

 

Weh, ini apa!!!

Dalam video berdurasi 15 saat itu, kelihatan langsir sedang bergerak, mungkin sekali pandang macam angin tiup, namun ketika saat yang ke 5, dilihat langsir itu seolah-olah ia dipegang dan ia seperti seseorang ingin menariknya, tapi tiada sebarang kelibat manusia disitu.

Dalam keterangan tweet tersebut, wanita ini menjelaskan bahawa tempat itu terutamanya bilik wad suaminya memang ada ‘benda’. Tambahnya lagi, bilik itu memang ada banyak ‘cerita’.

image is not available

 

Dalam masa 8 jam, video ini telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets, ada yang menceritakan pengalaman yang lebih kurang sama ketika di hospital dan ada juga yang cuba husnuzon dengan mengatakan bahawa ianya adalah tiupan angin semata-mata.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Apapun, kena lah kuatkan semangat sebab kat dunia ni sebenarnya bukan lah ada manusia je, ada je makhluk lain, cuma kita je tak nampak.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.