Kecoh Pasangan Suami Isteri Dakwa Beli Telur Tiruan, Lelaki Ini Kongsi Tips Pilih Telur Segar

Entertainment
14 Feb 2022 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu barang tiruan bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam industri perniagaan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Tak terkecuali, telur ayam juga tergolong dalam salah satu barangan yang boleh dijual dalam bentuk tiruan. Seperti yang viral baru-baru ini di media sosial, sepasang suami isteri telah mendakwa telur ayam yang dibelinya itu adalah telur tiruan.

Pun begitu, dakwaan tersebut telah menarik perhatian para netizen kerana ternyata telur tersebut bukanlah tiruan, tetapi rupa-rupanya ia telur yang segar!

Oleh sebab video tersebut telah viral dan mengundang kecoh di media sosial terutamanya di TikTok, seorang lelaki telah berkongsikan tips untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur melalui akaun Twitter peribadi miliknya.

Menurut tweet daripada Amirul Kalif ini, telur yang kononnya didakwa tiruan oleh pasangan suami isteri itu sebenarnya telur yang segar dan paling bagus untuk dimakan. Keadaan kuning telur yang tak mudah terlerai dan putih telur yang kental serta mudah ‘diasingkan’ merupakan tanda ia masih segar.

Dalam thread itu juga, Amirul ada berkongsikan bagaimana untuk menguji tahap kesegaran telur dalam beberapa tempoh hari. Ia boleh diuji dengan hanya meletakkan telur ke dalam air; kalau telur itu timbul, maka ia sudah busuk. Apabila telur sudah busuk, ia mengandungi lebih banyak gas di dalamnya. Jadi, ia mengakibatkan telur lebih ringan dan kurang tumpat berbanding air sehingga telur busuk itu terapung.

image is not available

Penting ke makan telur segar?

Jika diikutkan dari segi kesihatan, telur segar dan telur yang tak segar (tapi tak busuk) tidak mengandungi banyak perbezaan yang ketara pun. Tetapi ia banyak membantu dari segi penggunaan seperti untuk membuat kek, penggunaan telur yang segar dapat menghasilkan kualiti kek yang lebih bagus.

Tak kesah lah makan telur gred apa pun, yang penting tahu beza telur tiruan dengan telur segar….

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.