Beli Garmin Venu 2 Plus dan dapat pelitup muka eksklusif Jovian

Digital
7 Feb 2022 • 7:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Garmin Malaysia mengumumkan penjualan dua model jam tangan penjejak kesihatan iaitu Garmin Venu 2 Plus dan Vivoactive Sport. Bersempena dengan peristiwa itu, mereka turut mengumumkan kerjasama dengan Jovian Mandagie untuk mengepilkan sebanyak 30 keping pelitup muka Jovian dengan setiap pembelian Venu 2 Plus.

Harga Garmin Venu 2 Plus & Vivoactive Sport di Malaysia

Garmin Venu 2 Plus dan Vivoactive Sport sudahpun berada dalam pasaran Malaysa untuk dibeli. Model Venu 2 Plus dijual pada harga RM2,099 manakala Vivomove Sport pada harga RM840.

image is not available

Kalau anda nak dapatkannya secara dalam talian, anda boleh lakukannya melalui Lazada, Shopee, ataupun AECO e-Store.

Spesifikasi Garmin Venu 2 Plus

Ini adalah penerus legasi Venu 2 yang diumumkan dalam tahun 2021 lalu. Ia masih mengekalkan ciri-ciri terdahulu dengan satu pertambahan ketara iaiu mikrofon. Dengan komponen baharu ini, pengguna boleh menjawab panggilan telefon terus daripada pergelangan tangan ataupun menyeru pembantu maya seperti Siri, Google Assistant, dan Bixby.

image is not available

Venu berada dalam kategori jam tangan fesyen Garmin. Ia tampil dengan skrin berwarna terang hasil penggunaan panel AMOLED dan rekaannya minimalis, seakan Samsung Galaxy Watch 4. Untuk kegunaan sehari-hari, ia mampu memaparkan notifikasi daripada telefon ataupun mendengar lagu melalui storan dalaman ataupun Spotify.

image is not available

Bila anda gunakannya untuk merekodkan aktiviti bersenam, pelbagai jenis sensor akan digunakan untuk menjejaknya. Ia ada sensor satelit penjejak (GNSS), barometer, giroskop, akselerometer, pengimbas nadi, dan macam-macam lagi untuk menghimpun data.

Ia tahan lasak sehingga kedalaman 5ATM. Jadi anda tak perlu risau untuk bawanya berenang di kolam. Dengan satu bateri penuh, ia boleh berkhidmat selama sehingga 9 hari lamanya ataupun 10 hari dalam mode penjimatan tenaga. Namun begitu, hayat bateri bergantung kepada pola penggunaan.

Spesifikasi Garmin Vivomove Sport

Siri Vivomove adalah siri penjejak kesihatan lebih mampu milik. Biasanya aka nada banyak benda dibuang bagi membolehkan ia dijual pada harga lebih rendah.

image is not available

Untuk Vivomove Sport, ia menampilkan rekaan jam tangan analog biasa dengan ciri-ciri pintar. Walaupun Garmin menggelarnya Smartwatch, tiada apa yang pintar dengannya seperti tiada storan dalaman ataupun tiada kemampuan untuk dipasang APP seperti yang boleh anda buat pada Venu 2 Plus.

Ia juga tiada sensor GNSS untuk mejejak lokasi tetapi bergantung kepada telefon untuk salurkan titik koordinat kepada jam tangan. Yang ada cumalah pengimbas nadi.

image is not available

Namun begitu, ia masih boleh memaparkan notifikasi daripada telefon di atas muka jam.

Hayat baterinya, agak mengejutkan, lebih pendek berbanding Venu 2 Plus walaupun spesifikasinya jauh lebih rendah. Dengan satu isian penuh, ia berkhidmat selama sehingga 6 hari.