
Kalau tengok mana-mana movie atau drama atau membaca cerita tentang bertahan hidup, kebiasaannya akan disebut tentang peraturan tiga (3) atau the three (3) rules iaitu kebiasaannya manusia boleh bertahan:
1. 3 minggu tanpa makanan (sekiranya ada air dan tempat berlindung);
2. 3 hari tanpa air (sekiranya ada tempat berlindung);
3. 3 jam tanpa tempat berlindung dalam keadaan persekitaran yang mencabar (kecuali di dalam air sejuk); dan
4. 3 minit tanpa udara.
Ngeri kan bila berbicara tentang usaha untuk bertahan hidup. Kebiasaannya 72 jam pertama adalah keadaan kritikal untuk bertahan hidup.
Sekiranya kita mampu menyediakan sebuah beg untuk bertahan hidup yang mengandungi pelbagai benda yang kita rasakan perlu untuk kita bertahan hidup sementara menunggu bantuan tiba di dalam keadaan kecemasan atau luar jangka terutamanya apabila berlaku sesuatu bencana samada bencana alam, penularan wabak berjangkit dan sebagainya, kita sewajarnya menyediakannya terutamanya di dalam keadaan dunia yang macam-macam sekarang ini.
Beg tersebut mestilah beg yang kita mampu galas untuk perjalanan jauh dan mencabar di mana kita mungkin perlu berjalan berkilometer, berenang atau meranduk sungai, memanjat bukit, berjalan di dalam hujan lebat dan sebagainya. Beg yang terbaik sudah tentu beg yang tahan lasak, kalis air dan mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang lain.
Ada banyak sahaja laman sesawang yang memperkatakan tentang beg bertahan hidup ini dan apa barang yang perlu ada di dalamnya. Malah ada beberapa laman sesawang yang menjual beg bertahan hidup siap dengan benda-benda penting di dalamnya.
Den senaraikan sembilan belas (19) barang yang boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan di beg bertahan hidup:
1. Ubat-ubatan terutamanya sekiranya kita merupakan pesakit yang memang diberikan preskripsi ubat sepanjang hayat seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, jantung, gout dan sebagainya;
2. Beg pertolongan cemas yang kecil (first aid kit) yang mengandungi pelbagai jenis peralatan dan ubat yang ringkas.
3. Lampu suluh dan bateri serta glow in the dark sticks;
4. Mancis dan pemetik api;
5. Pisau kecil atau pisau lipat;
6. Peralatan keperluan (tools) seperti sepit kuku, gunting, pembuka tin dan botol, pemotong dawai dan sebagainya;
7. Kit kebersihan kecil yang paling kurang seharusnya mengandungi sabun, berus gigi, ubat gigi, tuala wanita;
8. Baju hujan yang nipis;
10. Botol air dan bekas makanan;
11. Wisel;
12. Tali yang sesuai untuk memanjat (hiking);
13. Peta hard copy;
14. Kompas;
15. Jaket keselamatan (life jacket);
16. Khemah atau sleeping bag;
17. Makanan segera dan tahan lama (ration foods) seperti maggi, sardin, biskut, makanan di dalam tin dan sebagainya;
18. Sepersalinan pakaian yang kalis air atau mudah kering;
19. Beg yang mengandungi semua dokumen penting.
Hampir semua peralatan yang dinyatakan ini kita boleh beli di Shopee atau Lazada atau platform atas talian yang lain yang tersedia.
Dicadangkan setiap orang di dalam keluarga mempunyai beg bertahan hidup masing-masing kerana apabila berlaku kecemasan dan bencana, kadang kala kita terpisah antara satu lain semasa usaha menyelamatkan diri masing-masing.
Ada cadangan tentang barang lain yang perlu dimasukkan di dalam beg bertahan hidup ini?
Bidasari Bahashim adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


