“Perang dunia ke-3 bukan bahan jenaka” – Penduduk Ukraine Kongsi Detik Cemas Negara Diserang Russia

25 Feb 2022 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekurang-kurangnya 137 orang rakyat Ukraine telah terkorban dalam serangan yang dilakukan oleh Russia yang telah memasuki hari ke-2. Menurut agensi berita Al-Jazeera, perkara tersebut turut disahkan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Ketika ini, difahamkan pihak tentera Ukraine telah membalas serangan selain ramai penduduk telah melarikan diri menggunakan kereta dan juga kereta api.

Sementara itu, difahamkan Ukraine telah mengerahkan kesemua unit tenteranya bagi membalas serangan dengan menyediakan sejumlah 250,000 orang tentera dan 140,000 askar simpanan bagi melawan kekuatan tentera Russia yang dikatakan sejumlah 200,000 orang.

image is not available

Sejak petang kelmarin, serangan demi serangan telah berlaku di Kyiv, ibu kota Ukraine selain menyebabkan ribuan penduduk lari mencari perlindungan di stesyen kereta api bawah tanah.

Berikut adalah perkongsian keadaan yang berlaku kepada mereka ketika Russia mula menyerang selain ada juga yang berkongsikan keadaan ‘semasa’ di tempat mereka.

image is not available

“Kawan saya ceritakan dia boleh mendengar letupan di Kyiv. Peperangan yang tak sepatutnya berlaku ini dah mula, semuanya disebabkan nostalgia seorang lelaki paranoia,yang takut kehilangan kuasa”

image is not available

Dikatakan, perperangan yang dilabelkan sebagai ‘Perang Dunia Ke-3’ atau WWIII ini semuanya berpunca dari seorang lelaki (baca : Presiden Russia) yang takut kehilangan kuasanya apabila Ukraine difahamkan ingin menyertai NATO dan ini dikatakan akan menggugat keselamatan Russia.

Dalam masa yang sama, rata-rata perkongsian berceritakan ketakukan mereka selain turut menjelaskan perkara yang terjadi bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan bahan ‘jenaka’, merujuk kepada beberapa siri ‘meme’ yang tersebar.

image is not available

Dalam masa yang sama, ada juga beberapa perkongsian terkini menunjukkan ramai warga telah mula membawa beg untuk melarikan diri dan mencari perlindungan selain ramai juga yang menyerbu kedai untuk mendapatkan bekalan.

Difahamkan, ketika ini kuasa-kuasa besar dunia sedang cuba ‘menghukum’ Russia dengan menjalankan sekatan seperti membekukan aset, menghentikan atau mengharamkan pengeskportan produk ke Russia dan lain-lain bagi menekan negara tersebut supaya hentikan serangan yang dilakukan.

Harap kemelut ni boleh lah diselesaikan secepat mungkin…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.