
Apa koleksi paling rare yang pernah korang ada? Selalunya ramai yang suka kumpul anak patung, figurine dan Hot Wheels kan sebagai hobi.
Namun, seorang lelaki ini pula mempunyai hobi yang lain dari yang lain iaitu gemar bergambar dengan tong sampah! Menurut Syok, minat lelaki yang dikenali sebagai Dave Clark ini bermula sebab ketika kecil, dia pernah melawat tempat pembuangan sampah.

Lelaki berusia 51 tahun ini dikatakan memiliki koleksi gambarnya dengan tong sampah di seluruh Britain sehingga ada rakan-rakannya yang memanggilnya dengan nama panggilan ‘Dustbin Dave’.
Namun, tong sampah yang dia cari tu bukanlah tong sampah biasa, ia haruslah mempunyai rekaan yang unik, luar biasa, berwarna-warni dan cantik.

Selain itu, penutup tong sampah juga haruslah besar, barulah cantik dalam gambar. Sekarang pun, dia masih aktif mencari tong sampah unik di negara itu untuk bergambar.
Menurutnya, gambarnya dengan tong sampah itu akan menjadi kenangan.
Walaupun sesetengah orang rasa benda ni pelik, namun isteri dan dua anaknya juga dah faham minat dan hobi lelaki tersebut.
Sumber: Syok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] Pemandu sakit mental langgar tiga lagi kenderaan di KL](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
