
Kota Kinabalu: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee (gambar) berkata integriti MyKad sebagai bentuk pengenalan Malaysia yang diperakui, dibenar untuk dikompromi di Sabah oleh beberapa pemimpin Persekutuan terdahulu melalui pengeluaran kad pengenalan meragukan sejak 1990-an.
Menurut Yong, malah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin dalam laporannya yang diterbitkan pada 2017 merekodkan, sebenarnya banyak kes yang dibuktikan bahawa MyKad dikeluarkan kepada warga asing yang secara palsu mengisytiharkan diri mereka dilahirkan di Sabah.

