Warcraft Versi Peranti Mudah Alih Akan Hadir Tahun Ini

TechnologyGamingDigital
5 Feb 2022 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Warcraft ialah antara permainan RTS terawal. Ia menjadi asas kepada pelbagai RTS lain sebelum turut berkembang menjadi MMO World of Warcraft. Selama ini siri Warcraft hanya ditawarkan pada PC dan konsol sahaja. Tetapi kelak permua Warcraft akan akhirnya tiba ke peranti mudah alih.

image is not available

Dalam laporan kewangan yang baru diterbitkan Activision Blizzard, syarikat mengesahkan permua Warfact sedang dibangunkan dan bakal hadir ke peranti mudah alih tahun ini. Jenis permainan masih lagi misteri kerana umum diketahui selepas permua Diablo Immortal diumumkan ia menerima cemuhan peminat setia yang merasakan Blizzard seakan melupakan mereka bagi menumpukan kepada pemain mudah alih. Permainan olahan semula Warcraft III untuk PC juga menerima tempelak permainan kerana yang dijual tidak sama seperti yang dijanjikan dalam pengumuman asal.

Pengumuman Activision Blizzard ini tidaklah mengejutkan kerana mereka sendiri telah mengesahkan pada tahun 2020 kesemua harta intelek mereka akan ditawarkan juga pada peranti mudah alih.