Lenovo Legion Y90 Turut Hadir Dengan Sistem Dwi-Kipas Penyejuk

TechnologyDigital
26 Jan 2022 • 3:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rangkaian peranti di bawah siri Lenovo Legion sedia terkenal dengan kemampuan yang memfokuskan kepada permua. Terbaharu, terdapat sebuah peranti dengan nama Lenovo Legion Y90 dilihat menjadi antara topik bualan sejak kebelakang ini. Beberapa maklumat mengenainya juga telah tertiris dalam beberapa laporan lepas.

image is not available

Paling terkini, peranti dikatakan turut hadir dengan sokongan dwi-kipas bertujuan pengoptimasian pada prestasi peranti. Dengan teknologi ini, Lenovo mendakwa aliran udara keluar dan masuk boleh mencapai 180.65cm³/s. Perkongsian video pendek turut menunjukkan sistem penyejukan ini akan diletakkan pada bahagian tengah peranti.

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, terdapat juga kebarangkalian peranti akan dilengkapi memori mencapai 22GB RAM dengan pecahan 18GB RAM sedia ada dan tambahan RAM Maya sehingga 4GB RAM. Pada masa sama, storan dalaman pula boleh mencapai 640GB dengan gabungan 512GB dan 128GB secara berasingan. Snapdragon 8 Gen1 dan skrin AMOLED 144Hz turut akan melengkapi peranti kelak.

image is not available

Sehingga kini, masih belum ada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi. Kita boleh menyasarkan ia bakal didedahkan dalam masa terdekat ini.