
Mula-mula sekali, apakah AKPK? AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) ialah sebuah agensi di bawah BNM (Bank Negara Malaysia). Tujuan ia ditbuhkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi masalah kewangan atau bebanan hutang mereka.
Semenjak dunia dan negara kita dilanda pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan pekerjaan, sumber pendapatan (perniagaan) dan lain-lain. Walaupun ada suatu jangkamasa dimana moratorium diperkenalkan, namun perkara ini hanya untuk jangkamasa pendek dan masih ada rakyat Malaysia yang tidak dapat melunaskan hutang bank mereka kerana tiada pekerjaan. Jadi, bagaimana untuk membayar hutang-hutang pinjaman daripada bank? Dan bagaimana AKPK dapat membantu mengurangkan bebanan ini?
Berikut saya ceritakan pengalaman saudara saya sendiri:
Saudara saya merupakan seorang pesara yang membuka syarikat selepas bersara. Perniagaan beliau selama ini berjalan dengan lancar maka beliau tidak mempunyai masalah membuat pinjaman perniagaan . Pada masa yang sama, beliau masih ada beberapa tahun untuk melangsaikan pinjaman peribadi termasuk kad kredit.
Sewaktu Covid-19 melanda Malaysia pada awal tahun 2020, perniagaan beliau sedikit terjejas dan apabila Malaysia mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang lama pada tahun yang sama, perniagaan beliau terjejas teruk. Dalam jangkamasa yang singkat, beliau terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja beliau. Akaun bank perniagaan tidak bergerak dan kebanyakan hutang-hutang pembekal terpaksa dipotong daripada akaun perniagaan – termasuk menanggung kerugian selepas beberapa perjanjian terpaksa dibatalkan akibat PKP tersebut.
Begitu juga selepas PKP, perniagaan beliau masih tidak dapat diselamatkan dan selepas setahun, syarikat beliau terpaksa ditutup. Masalahnya sekarang, syarikat beliau masih perlu membayar hutang kepada bank atas pinjaman perniagaan. Pada masa yang sama, beliau juga mempunyai hutang peribadi dengan bank (rumah dan kad kredit).
Makanya, disinilah AKPK boleh membantu.
Nasihat saya, jangan malu untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan daripada AKPK. Jangan tunggu sampai dah bankrap baru nak dapatkan bantuan sebab nanti dah terlambat dan macam-macam prosedur lain yang perlu dilakukan.
Melalui pengalaman saudara saya, beliau telah pergi terus ke pejabat AKPK di Menara Bumiputra Commerce di Jalan Raja Laut, KL untuk memeriksa status CCRIS beliau. Di bangunan tersebut, ada beberapa mesin kiosk untuk mendapatkan info CCRIS dengan mudah. Cuma perlu bawa kad pengenalan saja.
Selepas itu, jika perlukan khidmat kaunseling berdasarkan penyata CCRIS tersebut daripada pegawai AKPK, ambil nombor giliran dan tunggu sebentar disana.
Bagi saudara saya, pegawai AKPK telah bertanyakan situasi kewangan terkini beliau dan sekiranya beliau mempunyai sumber kewangan yang lain. Nasib baik beliau seorang pesara dan memang mendapat duit pencen setiap bulan. Pegawai tersebut memberitahu bahawa cara AKPK membantu mengurusan kewangan ialah dengan membuat perbincangan terus dengan bank bagi mendapatkan kadar bayaran paling rendah untuk pinjaman “principal” dan menolak kadar “interest” daripada pinjaman kewangan perniagaan, peribadi dan Kad Kredit. Ini kerana, fokus mereka adalah supaya anda dapat melangsaikan pembayaran hutang dengan segara tanpa membebankan anda – terutamanya di kala pandemik ini.

Saudara saya kemudiannya perlu mendaftarkan maklumat beliau di website edmp.akpk.org.my dan kemudian memuatnaik dokumen-dokumen yang diminta disana. Apabila anda menggunakan perkhidmatan daripada AKPK, status di CCRIS akan menunjukkan nama anda di bawah AKPK. Segala pembayaran pinjaman (mengikut jumlah yang dikemukakan oleh AKPK) akan dibuat menerusi AKPK. AKPK yang kemudiannya akan mengagihkan jumlah bayaran ke bank-bank yang sepatutnya.
Pernahkah anda dengar yang status kewangan seseorang akan terjejas jika namanya di bawah AKPK?
Tidak. Sekiranya anda tidak bankrap, status kewangan anda tidak akan ada apa-apa masalah. Anda masih boleh ke luar negara (jika perlu). Anda cuma tidak boleh membuat pinjaman (sama ada peribadi atau atas nama syarikat) apabila nama anda di bawah AKPK. Sekiranya anda membuat pembayaran bulanan dengan baik dan teratur, “credit score” anda akan kelihatan “cantik” dan ada beberapa bank yang boleh menerima perkara ini. Ataupun, selepas dua tahun keatas anda dibawah pengurusan AKPK, anda boleh berbincang dengan pihak bank untuk membuat bayaran terus kepada bank mengikut jumlah yang dipersetujui sewaktu anda dibawah AKPK. Jika bank setuju, status kewangan anda akan “clear” daripada AKPK dalam masa beberapa bulan.
Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan buat masa ini, mungkin ada boleh mencuba prosedur ini sebelum nama anda di”black list” atau lebih teruk lagi, diisytihar bankrap. Dapatkan khidmat kaunseling dan penjelasan yang cukup daripada pegawai AKPK sekiranya anda memilih jalan ini.
Saya Zuan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


