“From Bazaar to Bursa” – Farm Fresh Lakar Sejarah, Berjaya Tersenarai Bursa Malaysia Mulai Hari Ini

Business & Finance
28 Feb 2022 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal Farm Fresh, syarikat produk susu yang makin terkenal dan mendapat nama dari hari ke hari.

Malah semenjak Farm Fresh menjadi penaja utama bagi program realiti Gegar Vaganza, ramai yang mula tertarik dengan produk tersebut serta pemasarannya.

Baru-baru ini, ‘Bos Susu’ atau nama sebenarnya, Azmi Zainal menerusi akaun Facebook memaklumkan bahawa Farm Fresh Bhd telah melakar satu sejarah baru apabila tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia menerusi penawaran IPO dengan harga RM1.35 seunit. Wah tahniah!

From Bazaar to Boursa…. The biggest IPO since jun 2021. Insyaallahimage is not availableimage is not available

Posted by Azmi Zainal on Sunday, February 27, 2022

 

Menurut Azmi lagi, beliau yang juga selaku individu penting dalam membangunkan syarikat ini telah melabelkan penyenaraian ini sebagai IPO terbesar sejak Jun 2021 lagi.

Saham Farm Fresh Bhd juga menurut sumber telah dilabel sebagai patuh syariah oleh SAC dan CIMB Investment Bank dipilih sebagai bank penasihat.

Sebagai info, IPO atau singkatan kepada Initial Public Offering ini merupakan situasi di mana sesebuah syarikat persendirian pertama kali menjual sebahagian milikan syarikatnya kepada orang awam.

image is not available

Dengan terbukanya milikan ini kepada awam, maka syarikat akan tersenarai dalam Bursa Malaysia dan kita boleh membeli dan menjual saham mereka. Dalam bahasa mudah, IPO adalah saham yang baru dibuka kepada awam.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli IPO, anda boleh mula memohon mulai hari ini sehingga 8 Mac 2022 manakala tarikh penyenaraian bermula dari 22 Mac 2022.

Semoga terus sukses!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.