Lebih 10% kanak-kanak di M’sia terima dos pertama vaksin Covid-19

19 Feb 2022 • 12:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sebanyak 383,165 individu atau 10.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,844,963 atau 58.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19, seramai 22,943,301 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,220,003 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,368 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,881,894 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 36 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Johor melaporkan 11 kes, masing-masing enam kes di Sabah dan Selangor, Kedah (4), masing-masing tiga kes di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved