Lelaki Bakal Dipenjara Lepas Tersilap Potong Line Internet Satu Bandar Sebab Nak Kawal Screen Time Anak

Entertainment
20 Feb 2022 • 2:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara ingin mengawal screen time anaknya, seorang bapa di Messanges, Perancis bakal berdepan hukuman penjara selepas tidak sengaja memotong talian perkhidmatan internet bagi seluruh bandar.

Menurut laporan NY Post, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda dengan jumlah yang besar kerana kesalahan memutuskan capaian internet di bandar itu.

image is not available

Dalam kejadian itu, lelaki tersebut bertindak memotong talian menggunakan sejenis alat elektronik iaitu jammer yang dipercayai mampu menyekat atau menganggu isyarat telefon bimbit. Walaubagaimanapun, perbuatannya itu merupakan satu kesalahan sivil yang termaktub dalam undang-undang negara Perancis.

image is not available

Lelaki itu telah membeli alat elektronik itu dengan tujuan untuk menyekat sambungan internet di rumahnya pada tengah malam untuk mengawal ketagihan media sosial anak-anaknya. Tanpa disedari, jammer itu rupa-rupanya bukan sahaja menyekat akses internet di rumahnya, tetapi diseluruh bandar itu juga.

Pihak Agensi Frekuensi Kebangsaan Kerajaan (Agence Nationale des Frequences atau ANFR) memulakan siasatan selepas mendapat laporan dari pengguna lain yang tidak mendapat liputan internet di bandar itu. Pihak ANFR berjaya mengesan jammer yang menghalang kedua-dua isyarat WIFI dan telefon bimbit di rumah lelaki itu.

 

image is not availableSelain hukuman penjara selama enam bulan, lelaki itu juga dikehendaki membayar denda sehingga 30,000 Euro (RM142,111) serta bayaran 450 Euro (RM2,131) kepada ANFR.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.