Peristiwa MH370: Australia Ketuai Misi Pencarian Semula MH370 Lepas 8 Tahun Menghilang

Entertainment
19 Feb 2022 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas 8 tahun menghilang, pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan dimulakan semula. Pencarian kali ini akan diketuai oleh pasukan dari Australia dengan bantuan teknologi baharu yang dikatakan akan membantu menentukan secara tepat lokasi pesawat tersebut.

image is not available

Menurut laporan Kosmo!, pencarian MH370 kembali aktif selepas seorang jurutera aeorangkasa Britain, Richard Godfrey mendakwa beliau dapat mengesan kapal terbang menggunakan teknologi pengesanan baharu.

Tambah Godfrey, sistem pengesanan itu menggunakan isyarat radio yang bertindak seperti penggera pengesan penceroboh dan membantunya dalam usaha menyelesaikan salah satu misteri paling rumit dalam dunia penerbangan antarabangsa.

image is not available

Bangkai pesawat MH370 itu dikatakan berada didasar laut dengan kedalaman 3,962 meter dengan jarak kira-kira 1,931 kilometer ke barat Perth, Australia. Lokasi itu dikenali sebagai Broken Ridge yang merupakan sebuah kawasan tanah tinggi di dasar laut. Kawasan itu berada di tenggara Lautan Hindi dan menempatkan gunung berapi dasar laut yang masih aktif.

image is not available

Untuk rekod, pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac 2014 bagi perjalanan ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang. Menara kawalan trafik udara melaporkan terputus hubungan dengan pesawat itu kira-kira 40 minit selepas berlepas dan hilang dari radar.

Sejak dari kejadian itu, bangkai pesawat MH370 masih belum ditemui sepenuhnya walaupun ada pihak yang mendakwa menemukan serpihan pesawat yang hanyut ke Afrika Selatan dan Madagascar.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.