Lagi mangsa cedera ketika daki Gunung Kinabalu

17 Feb 2022 • 12:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang lelaki tempatan menjadi mangsa terbaharu yang mengalami kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu selepas mengalami kesukaran bernafas kemudian terjatuh di atas landasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.58 pagi Rabu ketika mangsa berusia 27 tahun sedang turun dari puncak di kilometer 5.8.

Beliau berkata, keadaan di Gunung Kinabalu kali ini sangat sejuk menyebabkan beberapa kes berlaku sebelum ini, dan dalam kejadian terbaru, mangsa hampir tidak sempat sampai ke puncak sebelum cedera.

“Dilaporkan mangsa mengalami Acute Mountain Sickness (AMS) dan kecederaan lutut. Pegawai Bomba Bantuan PBB Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) kemudian membawa mangsa menggunakan Pengusung Robinson ke Timpohon Gate.

“Operasi menyelamat diketuai Pegawai Operasi, PPgB Mohd Asri. Seterusnya Pasukan EMRS Ranau membawa mangsa ke Hospital Ranau. Operasi tamat pada jam 5.02 petang,” katanya.

Ridwan mengulangi nasihatnya kepada bakal pendaki untuk membuat penilaian kesihatan diri sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

“Perlu ada persiapan mental dan fizikal dan hanya bawa barang yang sesuai dan perlu sahaja,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.