
Kota Kinabalu: Pasukan Bema SV menjuarai kejohanan bola sepak Piala Pengadil Veteran dengan menewaskan Tuaui SV 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Penampang pada 30 Januari lalu.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada penghujung masa bermain biasa dan juara menerima RM3,000 dan satu set jersi atas kemenangan itu, manakala finalis yang kalah membawa pulang RM2,000 dan satu set jersi.
Tempat ketiga dikongsibersama Borneo Sports dari Keningau dan Borneo SV dengan masing-masing menerima RM700.
Sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan julung kali dianjurkan oleh Persatuan Pengadil Penampang itu dan pengerusi penganjur Richard Bernard mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian atas sokongan mereka.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


