CCTV Kesan Guard Pecah Masuk Rumah Siap Buka Baju Buat Tuan Rumah Ini Meremang!

Entertainment
15 Feb 2022 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekarang ni, susah betul nak percaya orang kan? Kadang-kadang orang yang betul-betul kita percaya pun boleh buat jahat pada kita, betul tak?

Seperti satu perkongsian yang sedang kecoh di media sosial baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan pengalaman rumahnya dipecah masuk seorang pengawal keselamatan telah mengundang rasa gusar orang ramai.

Siapa sangka pengawal keselamatan yang sememangnya semua sedia maklum tugas mereka untuk menjaga keselamatan boleh buat tuan rumah rasa tak selamat!

Dapat notification dari aplikasi CCTV

Menurut perkongsian yang diceritakan oleh tuan rumah ini, kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari jam 12.14 pagi. Dia yang masih lagi berada di luar secara tiba-tiba telah mendapat notification daripada aplikasi kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak di bahagian ruang tamu rumahnya kerana ‘motion detector’ asyik berkelip-kelip.

Apabila dia membuka live CCTV tersebut, alangkah terkejutnya dia melihat seorang lelaki yang sangat familiar sedang berkeliaran di dalam rumahnya. Setelah dilihat daripada uniform yang dipakai, rupa-rupanya lelaki itu merupakan pengawal keselamatan perumahan tersebut!

image is not available

image is not available

Berkeliaran dalam rumah siap buka baju seluar!

Menurut live CCTV itu lagi, pengawal keselamatan itu juga didapati berkeliaran dalam rumah tersebut siap buka baju dan seluar! Dia juga difahamkan sempat mengirim Whatsapp kepada tuan rumah. Pun begitu, mesej yang dikirim pengawal keselamatan itu sangat menakutkan…

image is not available

Tiada motif nak mencuri atau merompak

Kata tuan rumah, pengawal keselamatan itu tiada langsung motif nak mencuri atau merompak. Tetapi, dia memang nak cari tuan rumah dengan niat yang tak baik. Cara pengawal keselamatan itu pecah masuk ke dalam rumahnya masih lagi menjadi persoalan walaupun difahamkan ia memang sudah terkunci.

Tuan rumah tersebut terus bertindak menelefon kakak dan abang iparnya yang tinggal berdekatan untuk tolong tengokkan kawasan rumahnya. Sejurus sahaja abang iparnya sampai di rumah itu, pengawal keselamatan tersebut terus kelam-kabut lari keluar rumah sehingga tertinggal uniform kerjanya.

image is not available

“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”

Nak dipendekkan cerita, pengawal keselamatan tersebut akhirnya ditangkap pada keesokan harinya. Menurut pihak polis, pengawal keselamatan itu rupanya berada di bawah pengaruh dadah.

So korang kena sentiasa berhati-hati terutamanya yang tinggal sorang tu. Sekarang ni guard pun dah susah nak percaya. Risau betul!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.