
Kota Kinabalu: Kinabalu Jaguar FC (KJFC) kecewa namun menerima keputusan untuk membatalkan perlawanan menen-tang FC Langkawi di laman sendiri dalam saingan Liga M3 yang pada mulanya dijadualkan untuk diadakan di Stadium Likas pada Jumaat lalu (25 Februari).
Pengurus pasukan Adzhar Mohamad berkata perlawanan itu terpaksa ditangguhkan disebabkan isu teknikal yang dialami oleh pasukan pelawat dan rayuan mereka agar perlawanan ditangguhkan telah dibenarkan oleh Liga Bolasepak Amatur (AFL).


