Nak Kurangkan Kos Sara Hidup, Wanita Sewakan Khemah di Balkoni Rumah RM2K Sebulan Di Switzerland

Entertainment
6 Feb 2022 • 10:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Namun, di sebuah negara Eropah iaitu Switzerland pula, ada seorang wanita yang mahu menyewakan khemah di balkoni rumahnya sebab harga hartanah di sana sangat mahal, lapor Lad Bible.

image is not available

Hanya dikenali sebagai Sandra, wanita yang tinggal di bandar Zurich, Switzerland itu telah mengiklankan tentang ruang untuk disewa itu baru-baru ini dengan harga sebanyak CHF 500 (Swiss Franc) iaitu sekitar RM2,259 sebulan.

Difahamkan, penyewa khemah di balkoni juga dibenarkan untuk menggunakan dapur, ruang tamu dan tandas. Kiranya, sama je macam sewa bilik cuma ‘bilik’ tu kat balkoni.

Sandra mengatakan dia putuskan untuk sewakan khemah sebab dia mahu mencari roommate untuk mengurangkan kadar sewa rumah yang perlu dibayarnya.

Khemah yang disediakan pula jenis kalis air dan juga mempunyai tikar jenis berpenebat, tilam dan bantal turut disediakan.

Katanya, sukar untuk cari flat dengan harga mampu milik di bandar itu. Walaupun idea ni tak pernah dibuat orang, namun wanita itu mengatakan dah ada beberapa orang seperti pelajar universiti yang berminat untuk sewa khemah di balkoni tersebut.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, kos sara hidup di Switzerland memang antara yang termahal di dunia. Dengar kata, McDonald’s pun mahal gila kat sana, so tak peliklah kalau sewa bilik pun mahal.

Namun, disebabkan ketika ini masih lagi musim sejuk di negara itu, dia tidak kisah jika roommate barunya hanya mahu berpindah masuk ketika musim bunga sebab kalau sekarang, boleh kejung sejuknya duduk kat balkoni.

Paling best, penyewa khemah boleh tengok bintang sekali malam-malam.

Harapnya takde lah tuan rumah yang saja nak sewakan balkoni macam ni kat Malaysia. Negara kita ni dah la panas dan hujan setiap masa, pastu kadang-kadang tu udara pun tercemar.

Sumber: Lad Bible

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.