(VIDEO) “Asalkan Bukan Suami Aku..” – Bangga ‘Show Off’ Suami Orang Bawakkan Handbag, Wanita Ini Dikecam Netizen

Entertainment
28 Feb 2022 • 1:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam hubungan persahabatan, haruslah ada sikap saling hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang berlainan jantina, lebih-lebih lagi yang sudah mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok apabila seorang lelaki bergelar suami dilihat sedang membawa beg tangan seorang wanita dipercayai teman baik lelaki tersebut.

Apa yang membuatkan netizen ‘panas hati’ adalah apabila beg tangan isterinya dibiarkan sendiri namun ‘baik hati’ ingin membawa beg tangan wanita lain.

“Bestfriend lelaki kau tak bawakkan handbag kau? Lemah!” tulis kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tidak senang hati kerana beranggapan wanita itu sebagai melampaui batas sebagai seorang rakan.

image is not available

Sumber : TikTok 

image is not available

Sumber : TikTok 

Kata netizen, susah untuk mempercayai istilah ‘BFF’ kerana banyak kali kejadian atau peristiwa kawan baik merampas suami ‘BFF’ tersebut.

“Kalau i memang tak percaya dengan BFF ni, sebab dah pernah terjadi BFF sambar suami orang. Sebab nanti makin lama bagi muka nanti menjadi-jadi.” komen seorang netizen.

image is not available 22 jam lalu

"Terpaling Silat.." - Lelaki Ini Belasah Pemandu Van Pakai 'Buah Silat' Sehingga Tersungkur Di Jalan Raya