“Nufail rindu ibu ye?” – Jahidah Positif Covid-19, Netizen Sebak Lihat Anak Nangis Mahukan Ibu

25 Feb 2022 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti korang semua masih ingat lagi dengan kisah tular seorang wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga malah pernah koma akibat dipukul suami kan?

Baru-baru ini, Jahidah Nordin, 43 tahun telah disahkan positif Covid-19 selepas lebih sebulan terlantar di hospital. Kini, Jahidah telah dipindahkan ke wad Covid-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Menurut Sinar Harian, ahli keluarganya agak terkejut selepas Jahidah disahkan positif oleh doktor kerana difahamkan penjaga tidak dibenarkan masuk dalam bilik Jahidah malah orang yang keluar masuk hospital juga akan diperiksa.

image is not available

Ujar adik kepada Jahidah iaitu Fauziah Nordin, 40 tahun, dia memaklumkan bahawa seisi keluarganya agak risau dengan kesihatan Jahidah tambah pula dirinya belum divaksin kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

“Kami sangat risau dengan keadaan kakak, dia alami demam turun naik, kudis belakang badan pun makin teruk” – Fauziah

“Bila sebut ibu, Nufail senyap..”

Pun begitu, ramai juga yang sedia maklum bahawa Jahidah selamat melahirkan anak lelakinya yang diberi nama J Eshal Nufail pada Disember 2021. Selepas disahkan positif, Jahidah terpaksa dipisahkan dari anaknya.

Baru-baru ini, video anaknya menangis tanda rindu selepas lama terpisah dengan ibunya buat ramai sebak. Perkongsian itu dibuat menerusi akaun TikTok salah seorang ahli keluarga Jahidah, @ziahzara.

@ziahzara15

bila dapat berita kakak positif COVID ..mungkin sebab tu lah nufail dari smoke asyik meragam…#mangsaderasuamidayus #babyajaib #EshanNufail

♬ bunyi asal – PU Azman (Cik Man) – PU Azman (Cik Man)

Menerusi video itu, difahamkan Nufail tidak mahu minum susu dan juga tidak mahu tidur malah meragam tanpa henti namun apabila sebut perkataan ‘Ibu’, Nufail terus senyap seolah-olah memahami ibunya sedang bertarung nyawa.

image is not available

Rata-rata mendoakan kesihatan Jahidah agar pulih dari wabak Covid-19 itu. Malah, ketika ini Jahidah berada di bawah pemantauan yang penuh dari pihak hospital untuk 10 hari demi memastikan kesihatan dirinya terjaga.

Sama-sama kita doakan Jahidah kuat untuk lawan wabak ni ya! Semoga Jahidah dapat kembali bersama dengan Nufail semula…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.