Ular naik pesawat AirAsia ke Tawau

12 Feb 2022 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTRAJAYA: Satu penerbangan AirAsia ke Tawau dari Kuala Lumpur semalam (Khamis) dilencongkan ke Kuching selepas seekor ular ditemukan dalam pesawat terbabit.

Berdasarkan video yang tular, reptilia itu dilihat bergerak di sebalik panel lampu pesawat.

Ketua pegawai keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling yang mengesahkan insiden berkenaan menerusi satu kenyataan pada Jumaat, menyifatkan kejadian itu sebagai sangat jarang berlaku, namun boleh terjadi kepada mana-mana pesawat.

“Sebaik sahaja kapten penerbangan menyedari perkara itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan ke Kuching sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjalankan sanitasi ke atas pesawat berkenaan,” katanya dan menambah bahawa kapten itu telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Keselamatan dan keselesaan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan kami. Keselamatan penumpang dan kru tidak akan sama sekali dibiarkan dalam keadaan berisiko,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.