[VIDEO] Serik Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Wanita Ni Kongsi Video Bukti Di TikTok

Entertainment
7 Feb 2022 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang jangan terkejut kalau zaman sekarang masih ada lagi isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Walaupun begitu, tak semua berani untuk mendedahkan perkara itu secara terbuka di media sosial mereka.

Seperti video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok milik @si_kuii2, dia telah memuatnaik beberapa video dirinya yang berdepan dengan situasi cemas dalam usaha untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa suaminya sendiri.

Dalam video bahagian pertama yang dikongsikan itu, boleh dilihatkan wanita tersebtut berada di dalam bilik manakala kedengaran suara suaminya di balik pintu dari luar bilik. Difahamkan ketika itu suaminya meminta agar wanita itu untuk keluar dari biliknya.

Tidak lama kemudian, suaminya menghempas pintu berkali-kali untuk menggugut kerana dikatakan dia mahu menyelesaikan pertengakaran itu secara baik dan ingin menjelaskan perkara sebenar secara berdepan.

“I don’t wanna fight too. Tapi kenapa perlu sampai hempas-hempas begitu?” – Wanita dalam video

Suami guna anak sebagai alasan, sorok kunci rumah

Tidak berhenti di situ, wanita ini juga kongsikan video kedua yang mana suaminya menggunakan anak perempuan mereka sebagai alasan untuk pintu bilik dibuka kerana dia mengatakan yang dirinya mahu keluar untuk menenangkan diri.

Sempat membawa masuk anak perempuannya ke dalam bilik, namun lain pula yang jadi kerana suaminya turut membawa kunci rumah bersama-sama agar wanita itu tidak dapat melarikan diri untuk meminta bantuan.

@si_kuii2

Reply to @rsaldermayee another update, as evidence here.

♬ original sound – Si Kuii ekstra eksiden – Si Kuii ekstra eksiden image is not available

Disebabkan ramai yang memberi komen meminta wanita itu untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab berkenaan isu yang berlaku, dia memberitahu bahawa dirinya telah berkali-kali mencuba namun maklumbalas yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

image is not available

Malah, wanita itu turut menegaskan bahawa tujuannya adalah untuk memberikan kesedaran kepada kaum hawa yang lain agar tidak menanggung nasib yang sama seperti dirinya dan juga dia meminta agar mereka berhati-hati dalam memilih pasangan.

Min harap akak ni keep strong dan semoga perkongsiannya ni buat ramai sedar bahawa keganasan rumah tangga bukannya perkara yang boleh dibuat main…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.