Untuk Keselamatan Pelancong, Thailand Tangkap & Kasi Lebih 600 Ekor Monyet

Entertainment
12 Feb 2022 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak berkuasa Thailand telah mengarahkan penguatkuasa untuk menangkap dan mengasi monyet-monyet yang berkeliaran di kawasan tumpuan pelancong.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, kasi bermaksud alat jantannya telah dihilangkan atau pun dalam bahasa mudah dimandulkan. Boleh baca artikel dari laman web Mufti ini untuk faham dengan lebih lanjut.

Usaha itu dilakukan adalah untuk memastikan keselamatan pelancong dan kesihatan penduduk setempat. Menurut National Thailand, sebanyak 600 ekor monyet telah berjaya ditangkap, dikasi dan dilepaskan semula dalam tempoh 12 bulan.

image is not available

Selain faktor keselamatan, pihak berkuasa Thailand memilih untuk melakukan perkara tersebut kerana monyet-monyet liar itu bertindak agresif kepada penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke Negara Gajah Putih itu. Pihak kesihatan juga berpendapat monyet-monyet itu mungkin membawa penyakit rabies yang mungkin boleh menjangkiti manusia.

image is not available

Wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand, Yuthaphon Angkinan berkata, sejak usaha itu dijalankan, pihak berkuasa Thailand berjaya mengawal populasi monyet liar di negara itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article