(Video) “Otak Tengah Lag.” -Salah Masuk Kereta, Wanita Ini Tepuk Dahi Tahan Malu!

17 Feb 2022 • 11:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
salah masuk kereta

Siapa pernah tersalah masuk kereta? Haa baru-baru ni tular di media sosial, seorang wanita yang salah masuk kereta terpaksa menahan malu dan lari menggelupur lepas sedar pemandu itu bukanlah orang yang dia kenal.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @itsnotmehfz, wanita tersebut nampak sangat yakin menuju ke kereta tersebut dan terus membuka pintu tanpa memeriksa nombor plat.

Lari lintang pukang lepas sedar

Wanita berbaju kuning itu terus lari lintang pukang lepas tersedar pemandu yang ada di dalam kereta tersebut bukan seseorang yang dikenalinya.

Menerusi komen-komen netizen di laman TikTok tersebut, rata-rata netizen berkongsi bahawa mereka juga pernah mengalami situasi yang sama seperti wanita ini.

Ada juga yang bukan je salah masuk kereta, tetapi salah masuk rumah orang. Memang kelakar betul baca semua komen netizen ni!

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Pecah perut baca semua pengalaman netizen di ruangan komen. Harap semua yang pernah mengalami situasi ini ambil pengajaran dan sentiasa la periksa nombor plat kereta supaya situasi itu tak berulang kembali! Malu weh kalau salah masuk ni!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media