“Menggelupor Nak Cari Publisiti” – Viral Video Cikgu ‘Interview’ Pelajar Susah, Netizen Kecam Sebab…

16 Feb 2022 • 4:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang guru ada memuat naik di Facebook sebuah video menunjukkan salah seorang pelajarnya di tepi padang sekolah.

Menerusi rakaman itu, guru terbabit bertanyakan soalan kepada pelajar berkenaan kerana sering tidak memakai baju sukan.

Guru wanita berkenaan juga didengari bertanya tentang pekerjaan ibu bapa sebelum memberitahu dia akan membelikan pakaian sukan buat pelajar lelaki terbabit.

Difahamkan, guru tersebut membuat video itu selepas tertanya-tanya mengapa pelajarnya tidak pernah pakai baju sukan setiap kali subjek PJK, sejak 2 bulan dia mengajar.

image is not available

Bagaimanapun, video itu yang dimuat naik semula oleh seorang individu di Twitter telah mendapat kecaman ramai netizen.

Menerusi satu thread, seorang netizen mempersoalkan tentang etika guru terbabit kerana tidak menjaga privasi pelajar berkenaan.

Cikgu tahu kan tak boleh rakam? Tahu nak viral nak tolong, tapi budak tu tak perlu diletakkan dalam situasi ini.”

image is not available

Ramai netizen lain dilihat turut sama tidak bersetuju dengan guru berkenaan yang didakwa tidak profesional serta membuat content dan menyebarkan muka pelajarnya.

Bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat ianya bukanlah suatu hal yang perlu diperbesarkan dan video seperti itu perlu diterima secara positif.

image is not available

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

"Sekolah Ganti Baru Tak?" - Netizen Kecam Guru Bakar Kasut Pelajar Sebab Tak Ikut Peraturan