Sukan Olimpik Musim Sejuk China, Adakah Masih Berprestij Di Kala Pandemik?

7 Feb 2022 • 12:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Sukan Olimpik Musim Sejuk China, Adakah Masih Berprestij Di Kala Pandemik?

Lompat Ski

Baru-baru ini kita telah melangkah dan melakar nama di pentas dunia. Kehadiran dua atlet negara kita menggalas nama Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing telah menjadi lakaran bersejarah buat peminat sukan negara. Aruwin Salehuddin dan Jeffrey Webb kini menjadi sandaran negara menggalas cabaran negara di temasya pada kali ini.

Namun, mungkin masih ramai lagi yang tidak menyedari bahawa temasya ini telah disertai oleh atlet Malaysia sebanyak dua kali. Jeffrey Webb menggalas cabaran buat kali kedua selepas temasya sukan ini pada tahun 2018. Oleh itu, artikel ini akan jelaskan serba sedikit tentang temasya sukan ini yang sedang berlangsung sehingga 20 Februari 2022.

Impak Pandemik COVID-19

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Dengan penularan virus ini yang tidak berkesudahan, varian Omicron muncul sebagai langkah berjaga-jaga. Kerajaan China telah memutuskan bahawa kesemua atlet perlu menjalani kuarantin selama 21 hari sekiranya tidak divaksin.

Manakala untuk penonton dan penyokong pula, tiada penjualan tiket akan berlaku kerana hanya penyiaran dan pasukan sahaja layak berada dalam kawasan sukan berlangsung. Hal ini adalah untuk membendung segala penularan yang akan berlaku. Adakah ini langkah berjaga-jaga yang betul? Malaysia masih lagi melonggarkan SOP manakala China telah mengambil langkah yang ketat sempena temasya sukan ini. Ironinya, kan?

Pemboikotan Negara

Tidak pasti sama ada tujuan pemboikotan ini dibuat, namun ianya jelas kerana menyalahkan negara China sebagai punca penularan virus Covid-19 ini. Antara negara yang tidak akan menyertai temasya kali ini atas sebab pemboikotan adalah Australia dan Amerika Syarikat.

Namun begitu, ianya tidak sama sekali menjejaskan penyertaan negara lain untuk temasya kali ini. Semangat kesukanan yang tinggi sangat diperlukan dalam menyertai kejohanan besar seperti temasya ini. Walau bagaimana pun, kita harus menyokong sepenuhnya sebagai rakyat Malaysia, kerana tidak ada lagi pingat emas yang dibawa pulang dari mana-mana temasya sukan Olimpik yang berlangsung. Berjaya atau tidak membawa pulang, sokongan yang berterusan adalah sangat bermakna kepada atlet-atlet yang berjuang atas nama negara tercinta kita.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.