MARA Jalankan Siasatan Dakwaan Salah Guna Kuasa 5 Pegawai

5 Feb 2022 • 12:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Seri Azizah Mohd Dun - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menafikan wujud salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi itu dan anak syarikatnya, seperti didakwa baru-baru ini.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam perkara berkenaan atau tidak berintegriti.

Beliau turut menyatakan MARA memandang serius kejadian penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap agensi berkenaan.

“MARA sudah pun memulakan siasatan lanjut di MARA Corporation bagi meneliti dokumen berkaitan.

“Keseluruhan anak syarikat MARA dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016. Justeru, MARA sentiasa mengutamakan amalan integriti tinggi dalam organisasi” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, akaun Twitter, @ES_EdisiKhas mendedahkan satu surat permohonan bagi menjalankan siasatan integriti terhadap lima pegawai kanan MARA berhubung tuntutan mencurigakan oleh mereka.

Surat bertarikh 30 Januari itu dihantar Pengerusi Eksekutif MARA Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada Azizah.

Akaun @ES_EdisiKhas itu turut mendedahkan dokumen sokongan membabitkan tuntutan kelima-lima individu berkenaan dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit.

Pendedahan tersebut mendapat perhatian warga maya sehingga ada yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap perkara itu. - Getaran, 5 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved