“Dia Takkan Jilat Dan Bukan Jenis Berliur” – Julia Farhana Mengaku Bela Anjing

Entertainment
9 Feb 2022 • 4:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
julia farhana

Baru-baru ini, pelakon Julia Farhana menimbulkan tanda tanya netizen apabila memuat naik beberapa posting di Instagram Story memaparkan seekor anjing sedang menunggu di luar bilik.

Julia bagaimanapun menjelaskan anjing belaannya yang diberi nama Julio itu telah dilatih dengan baik supaya tidak menjilat atau bersentuhan dengan orang di dalam rumah.

Julia Farhana mengaku bela anjing

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Julia turut menjelaskan segala urusan penjagaan haiwan peliharaannya itu diserahkan kepada pembantu rumahnya yang bukan beragama Islam.

image is not available

image is not available

Jelas pelakon ini lagi, setiap bulan anjingnya itu akan dihantar ke pusat grooming dan mereka langsung tidak menyentuhnya dalam keadaan basah.

Anjing itu juga tidak berjalan sembarangan di dalam rumah, hanya di kawasan tertentu sahaja.

Penjelasan lanjut

image is not available

image is not available

Pelakon itu turut sedar akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, namun beliau tetap ingin menjaga hubungan di antara manusia serta haiwan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved