Polis tidak jumpa petunjuk kumpulan bersenjata masuk LD

6 Feb 2022 • 4:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Tiada sebarang petunjuk ditemukan berhubung dakwaan sekumpulan lelaki bersenjata warga asing menyusup masuk ke Lahad Datu melalui perairan Long Patau, Tambisan pada 28 Jan lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Beliau berkata pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah serta Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menjalankan tindakan dari sudut risikan dan penyiasatan berkaitan perkara itu.

“Namun begitu, polis bersama pasukan keselamatan lain sentiasa memberikan perhatian mengenai keselamatan di pantai timur Sabah dan Sabah amnya daripada sebarang ancaman luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Idris dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang mengenai tahap keselamatan di negeri ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.