Motorola Moto G Stylus ada stailus dengan bateri tahan 2 hari

Digital
4 Feb 2022 • 11:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Motorola ada Moto G baharu yang dinamakan Motorola Moto G Stylus. Namanya memang sama dengan edisi lepas, cumanya untuk tahun ini ada beberapa perubahan dibawakan pengeluarnya.

image is not available

Telefon ini dilengkapi panel paparan 6.8" FHD+ IPS LCD dengan kadar segar semula setinggi 90Hz. Panel paparan sebesar itu dimanfaatkan oleh kehadiran stailus yang katanya miliki hayat bateri lebih 2 hari, yang saya rasakan agak pelik kerana hayat bateri bukanlah masalah sebab jika tidak digunakan, sudah pasti ia disimpan dan akan dicas di dalam telefon.

image is not available

Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip MediaTek Helio G88. Jika diikutkan pada yang dah lakukan ujian penanda aras, prestasinya adalah sekitar Snapdragon 710 dan Snapdragon 670.

Ruang penyimpanan di dalamnya adalah sebesar 128GB dengan pilihan untuk anda luaskannya melalui slot mikro-SD. RAM sebanyak 6GB disediakan, tiada pilihan lain.

image is not available

Di bahagian kamera, ada tiga kamera belakang dengan masing-masing diberikan sensor 50MP, 8MP (ultralebar), dan 2MP (depth). Selfie pula diambil dengan kamera 16MP.

Baterinya agak besar. Pada 5,000mAh, saya rasakan agak lama untuk mengisi tangki sebesar itu dengan hanya sistem pengecas 10W. Antara ciri menarik Moto G Stylus adalah pada kehadiran jek audio 3.5mm.

Motorola Moto G Stylus 2022 setakat ini dijual di dalam pasaran A.S pada harga USD300 (RM1,253). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan