(VIDEO) Lauk Ikan & Sayur Cecah RM20! Netizen Terkejut Harga Nasi Campur Tak Masuk Akal

7 Feb 2022 • 3:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini diakui memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna malah kepada peniaga itu sendiri.

Dengan harga barang ketika ini semakin tinggi memaksa peniaga untuk menjual makanan di restoran dengan harga yang agak tidak berpatutan atau mahal.

Seperti video viral di TikTok ini, orang ramai seolah-olah tidak percaya melihat harga sepinggan nasi campur mencecah sehingga RM23 dan yang lebih mengejutkan, sepinggan nasi putih, seekor ikan keli dan sayur sawi dikenakan bayaran sehingga RM11.50.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen mengecam harga nasi campur yang dianggap terlalu mahal dan dalam pada masa yang sama, mereka turut membandingkan hidangan yang sama dengan restoran lain dimana harga jauh lebih murah.

image is not available

Sumber : TikTok  

Ada juga segelintir netizen yang mendakwa restoran itu memang sedikit mahal. Bagi pelajar yang perlu berjimat cermat, memang tak sesuailah masuk ke situ kan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Desperate Nak Views Ke? Merosakkan Industri!" - Penonton 'Tutup TV' Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved