“Pergi Haji Pagi, Balik Petang Ni” – Netizen Terkejut Tengok Harga Nasi Campur Di Tanjung Malim

7 Feb 2022 • 2:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nasi campur

Keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini diakui memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna malah kepada peniaga itu sendiri. Harga barang yang semakin tinggi memaksa peniaga menjual makanan dengan harga yang mahal.

Seperti video viral di TikTok ini, orang ramai seolah-olah tidak percaya melihat harga sepinggan nasi campur mencecah sehingga RM23. Lebih mengejutkan apabila sepinggan nasi putih, seekor ikan keli dan sayur sawi dikenakan bayaran sehingga RM11.50. Logik ke?

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen mengecam harga nasi campur yang dianggap terlalu mahal. Mereka membandingkan hidangan yang sama dengan kebanyakan tempat lain yang jauh lebih murah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga segelintir netizen yang mendakwa restoran itu memang sedikit mahal. Bagi pelajar yang perlu berjimat cermat, memang tak sesuailah masuk ke situ kan. Apa pendapat korang?

Kredit: TikTok @raidafiqz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.