
Kalau minggu lepas kecoh pasal scammer komen di IG tentang ‘kemenangan’ iPhone sampai berkali-kali, kalini kecoh pula tentang seller IGShop yang buat ‘giveaway’ iPhone namun pelik-pelik pula syarat yang diberikan…
Menerusi perkongsian thread dari pemilik akaun Twitter @ketengahketepi atau lebih dikenali sebagai Shabina, dipercayai salah satu IGShop yang menawarkan iPhone percuma telah meminta beberapa orang untuk melakukan ‘ujian kematangan’.
TRIGGER WARNING SEXUAL HARRASMENT
Korang minta tolong sangat sangat report ig tak guna ni. Also pls bagitahu mangsa apa perlu dia buat. Serious marah gila i baca pic.twitter.com/Y5fCPHflcw
— Shabina
(@ketengahketepi) February 19, 2022
Thread yang dibuat adalah screenshot perbualan Shabina bersama dengan salah seorang mangsa dari IGShop tersebut yang baru sahaja berusia 17 tahun namun terkena gangguan seksual dari pemilik akaun IGShop itu.
“Saya PdPR, phone dah crack sana sini”
Difahamkan gadis itu terdesak untuk menggunakan telefon baru kerana memerlukan telefon bimbit yang lebih sesuai untuk meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Jadi, tapi berfikir panjang, dia segera menghantar direct message (DM) kepada pemilik akaun itu.
Sebagai tanda untuk ‘lulus’ ujian kematangan tersebut, gadis itu harus menghantar gambarnya yang boleh menampakkan bentuk badan di sesetengah tempat yang sensitif. Tersentak dengan permintaan itu, gadis tersebut cuba untuk membuat rundingan.
“Saya tanya takde cara lain ke? Dia kata takde cara lain, kena ikut step tu…” – Ujar gadis tersebut
Malah, seller itu juga dipercayai menggunakan fake account selepas gadis tersebut menyekat semua akaun berkaitan dengan IGShop berkenaan kerana permintaannya dikatakan agak melampaui batas.
Shabina yang berkongsikan setiap bukti di Twitternya meminta jasa baik orang ramai agar tidak mengecam gadis tersebut kerana gadis itu hanyalah mangsa keadaan dan berada di dalam keadaan yang terdesak.
Memang ramai betul yang marah dengan cara IGShop ni guna kesempatan dengan cara yang salah… Tapi, min difahamkan gadis tu dah buat laporan polis. Fuh, nasib baik!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

