Singapura: 13,208 Kes Jangkitan COVID-19 Baharu Dilaporkan

5 Feb 2022 • 12:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sebanyak 13,208 kes baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis. - Gambar AFP

SINGAPURA - Singapura melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.

Republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan bahawa 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7 peratus tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3 peratus memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 pada Jumaat, meningkat daripada 1.23 pada Khamis.

Jumlah kes akibat COVID-19 kini mencecah 379,681, dengan 866 kematian.

Sehingga 3 Februadi, 89 peratus penduduknya telah lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin COVID-19, dan 59 peratus telah menerima suntikan penggalak. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved